Apa itu Herba
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Herba adalah tumbuh-tumbuhan yang mempunyai nilai dari segi perubatan, khasiat makanan dan baunya.
Herba digunakan secara meluas dalam masakan, perubatan dan kecantikan. Ia juga dikaitkan dengan rawatan akibat gangguan makhluk halus yang tidak kelihatan secara mata kasar.
Bahagian hijau tumbuhan herba (daunnya) digunakan secara meluas dalam pelbagai bidang. Namun, perubatan herba lebih banyak menggunakan akar, bunga, kulit pokok dan bahagain lain tumbuhan herba digunakan dalam perubatan herba boleh terdiri daripada pokok herba atau pokok renek. Mana-mana bahagian pokok herba, termasuk buah, boleh digolongkan sebagai herba.
Kini hampir setiap orang menggunakan herba. Ia mungkin dalam bentuk produk siap berasaskan herba, rempah ratus atau makanan harian. Kadang-kadang kita tidak sedar apa yang sedang digunakan atau dimakan, turut mengandungi bahan herba.
Walaupun herba memang bermanfaat untuk kesihatan dan kecantikan, ia juga boleh memudaratkan jika diproses atau digunakan secara salah. Contohnya, herba A disahkan bermanfaat untuk merawat penyakit tertentu, tetapi herba sama boleh memudaratkan jika diambil pada dos tinggi. Dalam konteks ini, herba sepatutnya diproses dan digunakan berdasarkan standard penggunaan yang tinggi dan tepat.
SOALAN LAZIM MENGENAI HERBA
1) Mengapa saya perlu menggunakan produk herba?
2) Adakah makanan tambahan herba selamat?
3) Adakah makanan tambahan herba berkesan?
4) Jika herba begitu berkesan, mengapa tidak doktor kerap mencadangkan?
5) Apakah maksud “standardized” ekstrak herba?
6) Beberapa label jenama seolah-olah menunjukkan kekuatan dalam beribu-ribu miligram (mg), adalah petunjuk ini berkesan?
7) Makanan tambahan herba boleh diambil bersama-sama dengan ubat-ubatan preskripsi ATAU apakah interaksi dengan ubat-ubatan?
8) Bagaimana saya boleh memilih makanan tambahan herba yang SESUAI untuk saya?
9) Adakah ia selamat untuk kanak-kanak dan wanita hamil untuk mengambil makanan tambahan herba?
10) Apa itu GMP?
11) Adakah jenama import lebih unggul berbanding dengan jenama tempatan Malaysia?
12) Berapa lamakah boleh saya melihat manfaat daripada produk herba / makanan tambahan?
Disini jawapannya: