Monday, January 1, 2018
RERAMA
Pokok rerama hijau atau nama saintifiknya dikenali sebagai Mariposa Christia Vespertillonis ialah jenis pokok renek, berbatang lembut berwarna hijau muda, pokok jenis bercabang dan mempunyai daun seakan-akan rama-rama dengan kedudukan selari setiap tangkai daun. Daunnya berwarna hijau dengan garisan atau warna putih cair pada setiap daun. Pokok mempunyai ranting kecil, bercabang dan boleh mencecah 3 meter tinggi. Pokok berbunga dan menghasilkan benih yang boleh disemai semula untuk pokok baharu. Kadang-kadang boleh dibiakkan menggunakan keratan batang. Pokok ini menyukai separa panas di mana harus diletakkan di kawasan yang menerima 60% cahaya matahari. Di negara kita gunalah jaring hitam untuk perlindungan 60% telus cahaya.
Mencapai ketinggian 1.5 hingga 2 kaki dalam masa empat bulan bermula dari benih. Daun yang sudah matang boleh dibuat ubat setelah mencapai tempoh empat bulan. Jika pokok dibiarkan selama setahun dan tidak dipotong, boleh capai ketinggian hingga 5-6 kaki.
Pokok rerama mempunyai pelbagai warna seperti pokok rerama hijau, pokok rerama merah, pokok rerama hijau berbelang merah dan sebagainya. Pokok rerama adalah pokok ialah pokok asli yang berasal dari negara-negara Malaysia, Cambodia, Thailand, Vietnam, China, Indonesia dan Myanmar.
Khasiat Daun Rerama
Boleh mengubati pelbagai penyakit khususnya kanser dan SLE kerana mempunyai ciri-ciri anti kanser dan anti keradangan yang lazimnya ada pada kebanyakan penyakit.
Mampu meningkatkan antibodi badan dan merawat penyakit berkaitan sel darah merah.
Baca selanjutnya dari sini: http://www.khasiatherba.com/herba/khasiat-daun-rerama.html