Monday, January 1, 2018

DAUN KARI


Pokok Kari dengan nama saintifiknya Murraya Koenigii adalah jenis pokok di dalam keluarga Rutaceae. Pokok Kari merupakan jenis pokok renek dan ketinggiannya ialah antara 1 hingga 6 meter serta tanamannya dan penjagaan daun pokok kari agak mudah. Pokok kari didapati sungguh lasak dan keadaan tanah yang baik dan kaya dengan mineral, dapat meningkatkan lagi kekuatan pertumbuhannya. Namun ia juga mampu hidup pada keadaan tanah kurang baik.

Daun pokok kari punyai bunga yang kecil warna putih kekuningan dan buahnya agak kecil berwarna hijau ketika muda dan ungu setelah matang. Pokok kari dapat membiak melalui tanaman daripada biji benih, keratan batang dan juga anak yang keluar tumbuh dari akarnya.

Daun pokok kari mempunyai aroma bau yang kuat dan rasanya agak pahit. Pokok kari juga kelihatan unik dan menarik serta daun pokok kari yang wangi membuatkan pokok ini juga sering ditanamkan sebagai tumbuhan hiasan.

Batang pokok kari didapati jenis pohon yang lembut bila muda dan akan menjadi kayu keras apabila matang. Pokok ini boleh ditanamkan dalam pasu atau pada batas yang telah disediakan.

Diatas ialah pokok kari tanamannya yang telah menjadi keperluan. Kebiasaannya ia ditanamkan di kawasan sekitar rumah untuk djadikan sebagai rempah di dalam masakan. Daun muda pokok kari berwarna hijau muda dan menjadi hijau gelap apabila daun pokok kari telah matang.

Daun pokok kari yang dipetik dapat tahan beberapa hari dan juga mampu tahan lebih lama jika disimpan di dalam peti sejuk dengan suhu 15 Celcius. Boleh dikatakan rata-rata kita masyarakat di malaysia ada menanam pokok kari dikediaman sendiri bila berkesempatan untuk menanam.


7 KHASIAT DAUN KARI
Untuk rujukan sila klik link ini:
http://bagusbenar.com/7-khasiat-daun-kari-untuk-penggobatan.html